Sunday 4 November 2012

Konsert Amira: The Sound Of Music

  
Amira ada konsert... solo berpiano. Walaupun baru level dua tapi dia ada keyakinan untuk melaksanakan tugasan, apatah lagi berdepan dengan penonton yang pelbagai kaum dan peserta yang lebih dewasa. Aku pula yang teruja malah Mr. Hubby pun seakan kurang percaya dengan kemampuan Amira. Maklumlah, keluarga kami tidak ada seorang pun yang mempunyai asas dalam muzik tetapi aku yang begitu ghairah dengan kelas piano ini.

Lepas level dua ini, Amira akan masuk gred satu yang pastinya lebih mencabar tetapi berdasarkan asas yang ada, aku yakin ia tidak sukar untuk Amira. Miss Ow yang menjadi pengajar Amira dan juga empunya Ars Nova Music pun menyatakan bahawa Amira menunjukkan minat yang sangat baik dalam muzik, mudah menerima dan bijak melaksana. Dalam tempoh hampir setahun dengan sekali seminggu, Amira dapat melaksanakan tugasan dengan yakin. 











Ms. Ow Siew Fong yang sentiasa ramah menyampaikan ucapan aluan...
Peserta cilik, dalam usia 5 tahun mampu memainkan satu lagu
Satu-satunya peserta violin...

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers