Wednesday 3 October 2012

Pembukaan Cawangan Baru GJC Mr. Hubby

Hari yang ditunggu tiba jua... Perasmian cawangan baru Gloria Jean's Coffees di bawah seliaan Simfoni Segar Sdn Bhd. Disangka ini yang kedua tapi rupanya, rezeki dari Allah SWT melimpah-ruah... Inilah yang ketiga selepas proses ambil alih GJC di Dataran Maybank, Bangsar berlangsung lancar mulai 1 Oktober lalu. 

Syukur Ya Allah... Tanpa restu-Mu laluan Mr. Hubby tidak akan dipermudahkan, biarpun ternyata banyak rintangan yang dilalui. 

Sememangnya, tanpa kesungguhan dan semangat yang kental tentunya GJC di Wisma Nusantara ini tidak akan menjadi nyata. Secara peribadi, aku melihat kepayahan Mr.Hubby, selangkah demi selangkah menapak yang bermula dengan latar belakang anak desa, berhijrah ke Ibu Kota demi menimba ilmu yang kemudiannya membina kerjaya atas niat mengubah nasib keluarga. 

Pernah jatuh, aduhhh... Aku turut merasai keperitan itu dan sentiasa berdoa agar ia tidak berulang lagi. Mohon dihindari masa 'sakit' itu dari kehidupan kami sekeluarga. Kepayahan itu jadi tauladan untuk menambah pengalaman hidup dalam menilai antara jauhari dan manikam. Benar, bukan senang untuk senang apatah lagi tanpa insan berpengaruh, tiada antara kami yang mempunyai anggota keluarga 'orang senang', dengan bidang pendidkan berbeza dan lahir dari luar Ibu Kota yang amat sederhana. 

Pencapaian ini adalah selangkah kehadapan untuk cabaran yang lebih besar lagi setelah melalui pelbagai kesulitan sebelum ini. Namun tentunya apa yang ada hari ini tidak menjadi realiti tanpa sokongan dari semua, doa restu dari keluarga dan rakan-rakan serta keizinan dari-Nya.

Hari ini adalah permulaan untuk langkah yang seterusnya. Jika hari ini menyemai benih, semoga dengan pencapaian dalam memperolehnya akan menjadikan Mr. Hubby mengikut resmi padi apabila mendapat hasil tuaian kelak....





beratur panjang untuk dapatkan kopi 'best' percuma

Ucapan perasmian oleh Datuk Akhmar Hisham Mukhlis, Press Sec. PM





Trio rakan kongsi bersama VIP, Datuk Akhmar & Datuk Syed Zainol (Pengarah Urusan PNS)


Antara geng opis yg datang...


Artis jemputan hiburkan tetamu Daus AF nyanyi lagu 'Anak Kampung'




1 comment:

nuhaz said...

ALHAMDULILLAH...berkat usaha kuat selama ini..syukur n hepi sgt tuk akak n a.malek ..semoga terus berjaya di masa akan datang aminnn...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers