Tuesday 9 October 2012

Pertemuan SKLJ Selepas 23 Tahun


Alam sekolah rendah sudah terlalu lama aku tinggalkan. Sudah lebih 23 tahun berlalu sesi pertama pelajar di Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya (SKLJ). Dalam kesempatan ini, aku dihubungi melalui laman sosial untuk pertemuan kembali di arena permainan suatu ketika dulu yang kini telah berubah wajah. Bertempat di Satay Station, Ampang yang dulunya kami kenali sebagai Kampung Tengah, maka pertemuan diatur pada petang Sabtu, 6 Oktober.

Indahnya mengimbas kenangan di alam persekolahan sedangkan ketika ini rakan-rakan yang ada sudah pun beranak-pinak dan menjalani kehidupan yang pelbagai dengan kerjaya berbeza.
Tanpa melihat kepada kedudukan dan kehidupan hari ini, kami sepakat berkumpul dengan suasana harmoni dan dilatari kehidupan masa lalu. Riuh-rendah tawa mengiringi kami semua dengan perangai masih banyak yang keanak-anakan, mengusik, gurau-senda dan tepuk tampar jadi selingan.

Indahnya perkhabaran apabila boleh dikatakan anak-anak pinggir kota ini berjaya dalam kehidupan dengan memiliki kerjaya yang pelbagai. Ada yang bergelar usahawan, doktor, peguam, perbankan, penjawat awam dan tak kurang yang menjadi suri rumah. Makin berwarna cerita-cerita kehidupan kami....

Kata sepakat diambil agar pertemuan sedemian terus diatur dan sikap saling mengambil-berat jadi keutamaan tanpa ada mana-mana individu yang akan terpinggir. Insya-allah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. 

Bersama Nida & Nurzi

Azaren, Ali, Khairul, Aedyla, Raja, Najhan, Mat Pian, Madir & Rozaidie

mummy vogue: Yan, Rodiyah, Emelia, Ika, Piza, Diela, Suhaili, Ima, Midah, Nida, Nurzi & mamat inter-frame






Meraikan Hari Jadi Mahathir yang ke-21 tahun tengah malam ketika dlm perjalanan ke PD 

Alam remaja berpiknik di Port Dickson

Suatu ketika, tahun 1999 di rumahku, Taman Harmonis Gombak






No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers