Tuesday 18 September 2012

Mencari Keredhaan Ilahi


Sebagai insan yang inginkan kesempurnaan dengan perjalanan hidup berlangsung lancar, maka tentunya aku inginkan keredhaan dari-Nya. Namun, aku sedar sebagai seoarng isteri keredhaan yang aku inginkan hanya akan tercapai dengan restu dari suami kerana aku memahami, apa jua yang aku lakukan waima impian dan cita-cita tidak akan tercapai tanpa keizinan dan kerelaan dari suamiku.

Keredhaan Ilahi adalah atas restu dari suami dan aku sanggup korbankan apa saja (selagi menepati hukum agama) jika apa yang aku lakukan tidak menyenangkan hati suamiku. Sungguh, aku mahukan restu dari suamiku dalam apa jua yang dilakukan. Setulus hati dan seikhlas-ikhlasnya aku turuti apa jua yang dimahukannya, aku enggan melakukan apa yang tidak disukainya walau mungkin aku terpaksa korbankan sesuatu yang pernah menceriakan aku suatu dulu.

Aku sedar, yang lepas adalah kenangan kerana hari ini adalah realiti dan dengan termatrainya ikatan suami isteri, sepenuh hati aku laksanakan demi suami yang menjadi ketua dalam keluargaku. Ditambah dengan anak-anak yang semakin membesar, manakan sanggup aku aku melukakan hati suami yang sentiasa mengutamakan keluarga.

Demi-Mu Ya Allah, aku rela dan sentiasa ingin melaksanakan seikhlas-ikhlasnya apa jua yang akan dapat memberi keredhaan padaku. Semoga hati insan yang ada di sekelilingku dapat sentiasa aku jaga dengan rasa belas dan kasih....

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers