Tuesday 7 August 2012

Tazkirah - Seharum Kasturi Ramadan oleh Ustaz Kazim


Ceramah yg bersulam tawa dan segar dengan jenaka. Hari ke-17 Ramadan di Surau Ar-Rahman dilimpahi khalayak yang cintakan ilmu dan mendengar secara ‘live’ ceramah Ustaz Kazim Elias. Terbukti semua mendengar tanpa rasa bosan dan mengantuk. 

Ini adalah antara nota yang saya yang dapat taip melalui hp. Memang tak lengkap lagilah sebab dah tertinggal part awal:

Nabi,  Allah pelihara tidak seperti kanak-kanak atau remaja yg lain.
Allah pelihara dari kecil, tak pernah buat kerja jahat. Akhlaknya terjaga sejak kecil. Nabi lahir dlm keadaan anak yatim & Allah yg jaga dia. Beri minum susu ibu bukan susu binatang.
Allah beri hidayah pada Nabi. Nabi duduk dalam gua Hiraq. Kemudian balik jumpa isterinya, Khadijah. Khadijah isteri yg taat, tidak pernah marah. Masa itu umur Khadijah 55 tahun, Nabi umur 40 tahun.  Isteri sekarang tak layan mcm Khadijah layan Nabi.

Sebab itu, Rasulullah x madukan khadijah sepanjang hidupnya sebab jaga sungguh-sungguh. Kalau x nak dimadukan jagalah sungguh2

Rasulullah duduk dalam gua hiraq bulan ramadan, ada lembaga besar peluk dia.

Kalau dlm rumah kita ada hantu jgn takut kerana mereka juga adalah makhluk Allah. 



Jibril peluk rasulullah, 2X peluk rasulullah. Jibril ada banyak sayap. Dia ajar Nabi membaca, Iqrak... Berkali2.
Inilah kaedah awal2 dalam pengajian. Talakki Musyaffaha - tok guru baca murid dengar, murid baca guru dengar. Awal2 pengajian. 

Bacalah dengan ilmu dengan kalam (penulisan) . Nak mengaji kena ada pena &; tulis, lepas apa yg dihafal kena tulis balik &; semak. Tulis balik apa yg dh dihafal. 

Kaedah pengajian, guru buat dulu dan anak murid ikut. 

Pada anak2, bapa buat dulu...dlm mengajar guru buat dulu anak mengikut. 

Cuba tengok citer hindustan Milan. 

Kita tengok citer hindustan fahamnya tidak tapi nangis2 juga. 



Kaedahnya begitu kalau belajar. 


Rasulullah balik rumah menggeletar, diselimutkan oleh Khadijah. Bukan spt zaman suami isteri sekarang yg asyik salah menyalahkan. Khadijah sentiasa tenangkan Rasulullah. 

Esoknya turun ayat muzammil: wahai org yg berselimut, bangunlah. 

Jibril namanya Ruhul Kudus. 


Bulan Ramadan, org lain sibuk beribadat tapi yg kita sibuk nak buat kuih raya. 
Kuih raya simpan, kalau anak nak makan pun marah suruh simpan utk raya, tapi kalau anak mati sebelum raya tak ke menyesal. Pada suami mcm tu juga, sampai suami merajuk. 

Warakah Bin Naufal adalah ahli kitab yg tahu siapa yg datang, memberitahu siapa yg datang jumpa Rasulullah adalah Jibril. 

Bilakah kamu mula dilantik menjadi rasul. Jawabnya ketika roh bertemu dgn jasad. 
Usia 40 tahun secara rasmi.
Hebatnya angka 40.  
Manusia duduk dalam rahim ibu 40 hari segumpal darah, 40, 40, 40
Dlm quran - adil disebut 40 kali
40 ini adalah permulaan bg org, utk sifat kematangan. Pemikiran yg berlapis2. 
40 tahun tapi x dpt tengok usia kematangan maka jaga2 lah. 
40 tahun pemikiran telah berubah banyak. 

Satu lagi tempoh 63 tahun, tapi slps ini kalau x berubah maka payah lah. 
40 tahun adalah tempoh perubahan, bnyk sabar, bnyk fikir, tempoh kematangan, ke arah kemasyarakatan. 
Boleh jadi imam dlm keluarga. 

Setiap manusia ada salah dan silap. Pada usia ini ke arah menjadi ketua, kepimpinan. 

Nabi dapat quran, banyak mukjizat, pengkhususan ke atas nabi antaranya kahwin x payah pakai wali, ada isteri 14 org dr kalangan org merdeka. 

Rasulullah ke arah kebaikan. 

Dah tak boleh hidup bersama, boleh bercerai. 

Jaga batasan2. Boleh ada anak angkat, tapi jaga aurat. Nak bersalam kena jaga. Aurat menantu dgn mentua tak ada batas aurat. Tak haram. Aurat dari pusat hingga ke lutut. 

Kalau nak marah isteri, ada 3 cara:
1. nasihati isteri kalau buat salah, ajar dia. Jgn tengking, guna suara halus.  - pada anak2 pun mcm tu juga. Guna suara bass (suara dalam). 
2. Tinggalkan tempat tidur - nabi x pukul @ tampar. Pisahkan tempat tidur. 
3. Pukul, pilihan terbawah. Pukul x blh berdarah, lebam, berbirat, x boleh dikepala, x blh dimuka & pukul dgn sebatang lidi @ kain yg dibasahkan. Pukul tapak kaki dia. Supaya isteri sedar. 

Zainab isteri nabi berubah, dari seorang yg gengam tak tiris tapi rajin bersedekah, dgn apa yg Rasulullah lakukan. 

Surah Al-fatihah kita minta tunjukkan jalan yg lurus, jalan yg engkau bagi nikmat pada mereka.
Jawabnya surah al-baqarah. Ayat mula2, inilah kitab yg akan jadi petunjuk kepada kebaikan . Al-quran ada semua jawapan. 

Dalam Al-quran menyebut, sesungguhnya, kami jadikan kehidupan ini di bumi, jadi tak perlulah nak buat kajian macam2 sbb al-quran dah jawab. 

Manusia adalah sebaik2 kejadian kerana adanya otak. Manusialah yg paling bijak, maka kalau ada kata wujud makluk asing maknanya kita menolak ayat Allah. 

Wallahuahlam

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers