Friday, 6 July 2012

Ulang Tahun Kelahiranku


Tarikh 2 Julai genap usiaku 35 tahun. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku terus diberi kesempatan menikmati kesejahteraan hidup dengan kesihatan, keluarga, saudara mara dan rakan taulan yang sangat membahagiakan. Pertambahan usia bukanlah satu masalah buatku kerana apa yang lebih penting adalah pengisian untuk sepanjang usia tersebut dengan pengalaman dan kematangan fikiran.

Alhamdulillah, dalam menyusur usiaku ini, aku sempurna sebagai insan yang tidak cetek pengetahuan, mempunyai keluarga, berkerjaya dan tidak merempat, justeru apa yang penting buatku adalah mencanai kesemuanya dalam kesempurnaan kehidupan seorang insan tanpa perlu menyusahkan sesiapa tetapi sebaliknya memberi bantuan sepenuhnya.
Pada tarikh 2 Julai, aku berkesempatan mengikuti delegasi Ibu Pejabat ke Jakarta. Secara peribadi aku anggap ini adalah hadiah sempena hari lahirku. Kesempatan mengikuti kunjungan delegasi adalah satu penghargaan atas kerja yang aku lakukan. Alhamdulillah, akan aku laksanakan sebaik mungkin....

Namun begitu, lebih indah apabila ucapan hari kelahiranku ini diluahkan oleh insan-insan tersayang disekelilingku. Laman facebookku dipenuhi dengan doa dan ucapan selamat dari rakan taulan yang sentiasa memberi sokongan padaku. Alhamdulillah, aku amat menghargai ucapan mereka malah doa mereka membuatkan aku yakin bahawa aku sentiasa disayangi oleh para sahabatku.

Begitu juga dari Mr. Hubby dan anak-anak. Lebih melucukan, hasrat untuk surprise tidak menjadi apabila Ammer telah menceritakan padaku terlebih dahulu perancangan abah dan kakaknya... Kata Ameer ‘abah dengan kakak tengah buat kad happy birthday to you untuk mama kat bawah. Ada hadiah sekali,”.... hahaha...kantoi, tapi demi si kakak yang amat teruja maka aku lakonkan sandiwara seakan aku tidak tahu apa-apa.

Sesungguhnya, semua yang berlaku amat membahagiakan... menambahkan warna pada perjalanan usia kehidupan ini dan semoga warna-warna indah akan tetap menjadi latar hingga ke penghujung hayat ini....





2 comments:

ummiLIN said...

Dah 35 tahun, tentu banyak pengalamannya :)Semoga terus sukses...

*Abg Malik tau tak yg akak dh tau plan diorg tu, ha3.. Lawak la Ameer ni..

airikamalek said...

TQVM Linnn.... Mr. Hubby dh tau plan kantoi tp kami brlakon demi Amira...lawak laaa...