Wednesday, 27 June 2012

Kelas Piano Amira di Ars Nova Music

Ketika usia Amira empat tahun, dia pernah minta untuk belajar piano tetapi ketika itu Mr. Hubby tak beri kebenaran lagi pun Amira masih terlalu mentah. Kemudian hujung tahun lalu apabila usia Amira hampir memasuki enam tahun, aku mula mencari sekolah muzik yang sesuai. Paling penting tidak jauh dari rumah

Amira begitu teruja untuk belajar kelas piano dan semuanya dimulakan pada kadar yang segera. Walaupun pada mulanya Mr. Hubby seakan keberatan namun ia kendur lantaran sikap Amira yang begitu excited. Kelas Amira bermula pukul 8.00 malam setiap Selasa, 45 minit kelas teori dan praktikal seterusnya 15 minit adalah latihan persendirian yang melengkapkan jumlah masa satu jam.



Dan hari ini, setelah hampir enam bulan berlalu, Amira telah memasuki level dua. Keterujaannya masih sama sebagaimana ketika mula-mula dia memasuki kelas malah dia tidak pernah mengeluh lantaran jadualnya seharian yang padat dengan bermula kelas Kafa di sebelah pagi, sesi persekolahan sebelah petang dan bersambung kelas piano. Tidak habis di situ Amira akan menyiapkan kerja sekolah atau melakukan latihan matematik. Alhamdulillah, sikapnya yang matang dan penuh tanggungjawab memudahkan aku mengurus jadualnya.


Sesungguhnya, untuk kelas piano ini aku tidak menympan sebarang cita-cita untuknya selain daripada memenuhi hasratnya untuk belajar piano. Sebagai ibu dan bapa, tentunya kami mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan memenuhi setiap tuntutannya selaras dengan pembelajaran hariannya.  






Bersama Miss Ow, guru yg sangat mesra & sabar





3 comments:

nuhaz said...

Bagus mira..nmpk kesungguhan dia.pasni leh mainkan lagu tuk auntie zla ye :)

ummiLIN said...

best2, chaiyok amira. dlm masa yg terdekat ni lin teringin nk antar budak2 ni g klas swimming..

airikamalek said...

Auntie Nuhaz: lps ni kita boleh wat konsert yer...lama dah x dgr auntie Nuhaz nyanyi...
UmmiLin: mmg ada niat nak antar kelas swimming dgn persetujuan Amira, Insyaallah, time cuti panjang hujung tahun ni...tempat pun dah dikenalpasti...