Saturday 2 June 2012

Hatyai…Sawadikappp…

Percutian kali ini berbeza kerana ia menyeberang sempadan. Sebagaimana musim cuti persekolahan, kami sekeluarga pulang ke kampung halaman Mr. Hubby... menjenguk bapa mertua yang uzur, berkunjung ke rumah sanak-saudara dan kemudian merancang percutian sendiri.

Memandangkan Pulau Pinang sudah dijelajah, Perlis telah diteroka dan Kedah juga sudah dikenali; ditambah dengan kami anak beranak mempunyai pasport antarabangsa maka kali ini kami menyeberang sempadan Utara.

Turut serta Ijan, Puteri dan Kak Mah. Perjalanan dirancang teliti, dengan pasport semua dibawa selain Ijan dan Kak Mah yang membuat pas sempadan. Semuanya di urus di Changlun, bermula dengan cukai jalan Thailand dan juga ‘booking’ hotel Grand Plaza di Hatyai. 

Melalui Bukit Kayu Hitam terus sampai ke Danao (Danok), dan berpandukan GPS, perjalanan lancar. Setelah selesai ‘check in’ dan berehat seketika maka kesempatan ini digunakan berkunjung ke pasar terapung di Sungai Klonghae, Hatyai. Tempat ini amat istimewa dan berbeza dengan pasar-pasar lain kerana para penjualnya yang berniaga makanan dari dalam perahu di sepanjang tebing sungai.

Minum dalam bekas minuman yang diperbuat dari tanah liat dengan pelbagai bentuk dan bekasnya boleh dibawa pulang juga amat menarik. Dengan harga 25 bath (RM2.50) minuman seperti air kelapa, laici, cincau, oren, sirap dan lain-lain boleh dibeli.

Pelbagai makanan boleh didapati dengan kebanyakan penjualnya beragama Islam. Antaranya lempeng, pisang bakar, pulut, kuih-muih, nasi ayam Thai, mee sup dan lain-lain lagi. Namun demikian, makanan eksotik seperti cengkerik, belalang, kumbang, ulat sutera dan beberapa serangga lain yang digoreng turut dijual.   

Menariknya, perjalanan dari hotel ke Sungai Klonghae digunakan dengan menaiki tut-tut biarpun kami sendiri datang berkereta. Kami enggan ketinggalan merasai pengalaman ini. 

Dengan bayaran sebanyak 450 bath (RM45) Suasana malamnya di Bandar Hatyai pula amat meriah dengan gerai jualan pelbagai barangan termasuklah makanan. Mencari makanan halal bukanlah rumit tetapi cara masakan yang berbeza menjadikan kami kurang berselera.  

Kami lebih tertumpu melihat sendiri kehidupan di sini dan merasai pengalaman dalam suasana yang amat berbeza. Alhamdulillah, anak-anak juga tidak cerewet dan amat gembira dengan percutian ini. 

menaiki tut-tut, 450 bath ke pasar terapung pergi dan balik (3 jam menunggu)

Anak-anak Siam pulang dari sekolah

Pasar terapung, Sungai Klonghae



Bihun sup siam


belajar tawar menawar dalam bahasa 'itik dan ayam'

pelbagai jenis makanan ada...

 penjual air dalam pasu menarik dgn harga 25 bath

hidangan serangga - kumbang, cengkerik, lipan, ulat, belalang dll

30 bath sebiji...



2 comments:

ummiLIN said...

bestnya!

Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya said...

memang best, jom jenjalan gak ramai2

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers