Thursday 3 May 2012

PM Kebangganku

Suatu kesempatan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa aku akan mengadakan wawancara khusus bersama Ketua Negara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Walaupun aku bergelar wartawan dan telah acapkali menghadiri sidang media pemimpin tertinggi negara termasuk PM sendiri tetapi interbiu khas dengan masa selama 40 minit adalah sesuatu yang amat istimewa. Bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Sri Perdana maka semuanya mula berlangsung....

Walaupun ini bukan pertama kali dengan golongan atasan sebagaimana PM tapi biasanya, hanya rakaman pendek dalam 4-5 minit sahaja namun kali ini ruang yang diberikan terlalu bermakna. Lebih istimewa apabila ia adalah rakaman khas sempena ulang tahun UMNO yang ke-66; eksklusif hanya untuk kami dan kemudiannya akan diberikan terus kepada semua media massa di seluruh negara.

Jika diukur kemampuan diri, rasanya aku belum layak sampai ke tahap tersebut....  Sejujurnya, aku tidak bersedia untuk berdepan dan ‘live’ bersama PM, apatah lagi bergandingan dengan SUB Media, Kamal Zailani sedangkan pada perancangan awal PSU2 akan bersama malangnya ia tidak menjadi kenyataan lantaran tuntutan kerja khusus yang mendesak bersama Naib Presiden ketika itu, masa amat terbatas.

‘Mood’ aku ketika itu tidak menentu tetapi sebagaimana kata-kata perangsang yang sering diguna ‘redah jer – masa sukar akan berlalu’ maka aku laksanakan dengan sepenuh tanggungjawab atas tugas yang terpikul dibahuku.

Alhamdulillah..., semuanya berjalan lancar walaupun pada awalnya kelihatan amat kaku tetapi PM amat ‘steady’, ‘sempoi’ dan bersahaja yang menjadikan aku mudah untuk berkomunikasi dan bertanyakan soalan-solan secara spontan; tanpa perancangan ia berlangsung dgn baik dalam kolaborasi antara aku dengan SUB Media.

Inilah PM Malaysia, dalam bangga dapat ‘live’ bersamanya hati aku berbunga riang dengan apa yang berlaku. TQVM pada kru yang menjayakannya....





No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers