Monday 12 December 2011

Lapan Tahun Saling Melengkapi...


Usia perkahwinan genap 8 tahun... alhamdulillah kerana sepanjang tempoh ini aku dan Mr. Hubby saling mengenali, bertukar pandangan dan saling melengkapi lantaran banyak perbezaan antara kami berdua. Semoga ikatan perkahwinan yang terbina atas sulaman cinta dan kasih dengan restu keluarga akan berkekalan hingga ke akhir hayat. 

Di awal perkahwinan aku amat ghairah dengan sambutan tarikh perkahwinan hinggakan saban bulan aku meraikannya...

Antara catatan Untuk Mr. Hubby: 


1. Tarikh: 12 February 2004
Wahai suamiku…
Bersama dirimi menelusuri kehidupan semakin bererti dan sangat membahagiakan. Kedukaan dan kesangsian yang ada selama ini hilang apabila terpatrinya ikatan yang kukuh. Gembira rasa bersamamu, bahagian selalu di sisimu walaupun sesekali tercuit rasa kerana perselisihan yang bertandang. Namun itu semua adalah dugaan yang akan menambahkan lagi persefahaman dalam perhubungan kita. 

Ketahuilah abang, sayang sentiasa rindukan saat-saat bersama, berada dalam pelukanmu, terasa kesyahduan dalam keromantisan yang amat sangat. Sayu hati apabila abang mengucup dahi sayang. Bahagianya diri disayangi dan dikasihi oleh seorang lelaki bergelar suami. Bangga terasa apabila berteman insan yang setia melindungi.

Abang…, sayang mohon maaf andainya terdapat kesilapan yang sayang lakukan pada abang, terkasar bahasa, tercuit rasa atau sayang gagal melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Fahamilah abang bahawa sayang sentiasa mencuba dan ingin menjadi insan abadi di hati abang, sebahagian dari pelengkap hidup abang dan paling penting menjadi wanita dan isteri seperti yang abang idam-idamkan.

Terima kasih abang…, menyayangi diri sayang, melindungi dan memahami sayang…. Semoga kasih sayang dan persefahaman yang lahir antara kita akan kekal hingga ke akhir hayat.

HAPPY ANNIVERSARY 2nd MONTH.


2. Tarikh: 12 Ogos 2004

Suamiku Tersayang

Suamiku
Jiwa dan raga kuserahkan padamu
Pada hari kita diijabkabulkan
Luhur hatiku menerimamu
Ikhlas diriku menjadi suri hidupmu
Rela aku menjadi pendampingmu
Dan sepenuh kesetiaan akan aku persembahkan untukmu
Tiada lagi kasih dan sayang yang akan terbelah antara kita
Berpaut menjadi satu, kukuh dan gagah untuk menerjang
Segala cabaran alam rumahtangga yang tertulis buat kita

Suamiku

Syahdu terasa apabila tanganku kau genggam erat
Ketika upacara batal air sembahyang berlangsung
Tanda bersatunya kita sebagai suami isteri
Disaksikan ahli keluarga dan sanak saudara
Sayu menyelubungi tatkala tanganmu kukucup lembut
Dengan ikrar di hati untuk tetap bersama denganmu
Dalam suka dan duka walau derita dan airmata
Rela aku mengunyah getir pahit kehidupan
Dan mengecap nikmat manis kebahagiaan
Segalanya demi menjadi isteri solehah
Laksana Khadijah kepada Rasulullah s.a.w.

Suamiku

Sewaktu ubun-ubunku kau sentuh lembut
Bersama taklikmu untuk melaksanakan amanah Allah
Terasa tumpah segala kasihmu padaku
Kupanjatkan kesyukuran kepada ilahi
Menyatukan kita atas ikatan yang abadi
Bersatu kita bukan hanya kerana cinta
Tetapi kerana menegakkan tiang agama
Perintah Allah, sunnah rasulullah

Padamu suamiku,
Kupinta bimbingan serta kasihmu
Berilah aku kepercayaan sebagaimana dirimu aku percayai
Jadikan diriku sebagai pelengkap hidupmu
Penyeri dan penghiburmu setiap waktu
Penawar racun kedukaan
Pengubat hati kelukaan
Penghilang kerunsingan dan kegusaran
Bukan sekadar isteri semata
Sebaliknya teman dikala kesyahduan
Sahabat semasa hiba
Dan kawan diwaktu sengsara

Suamiku

Belailah aku dengan kemesraan
Puja diriku dengan kebahagiaan
Peluk diriku dengan kemanjaan
Agar aku sentiasa yakin bahawa kau milikku
Diriku usah kau persiakan
Kerana hidupku seluruhnya adalah bersamamu
Unggul dihati bertakhta abadi
Sesungguhnya… Aku cinta padamu.

 HAPPY 8th month ANNIVERSARY 




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers