Saturday 29 October 2011

Politik Kehidupan

Bergelumang dalam penulisan bergenrekan politik memang lelah, tapi aku memahami erti kehidupan dan semakin mengenal rentak sebanar dalam 'politik'. Sebelum ini seringkali aku dengar kata-kata bersifat sindiran yang memualkan dan dengan bersahaja dikatanya 'lumrah politik'.

Saban hari, dalam sesi wawancara sama ada secara langsung atau melalui talian telefon malah dalam pengamatan juga, aku dapat menilai sendiri berapa ramai ahli politik yang 'berpolik' dan segelintir cuma yang benar-benar tulus atas nama Rakyat Didahulukan.

Lebih memualkan apabila kehidupan juga 'dipolitikkan' sebagaimana kerjaya yang juga ada era 'politiknya' tapi dalam hal ini aku sering hindarkan diri.


Aku lebih percaya pada kebolehan dengan yakin pada kemampuan diri tanpa perlu 'berpolitik' untuk memastikan mendapat tempat. Aku mampu lakukan apa yang dipertanggungjawabkan padaku tanpa perlu angkuh atau meninggi diri dan jauh sekali untuk memburukkan orang lain.

Insya-Allah, aku hari ini terus menulis dalam politik kerana aku yakin bahawa masih ada suci dalam debu biarpun politik selalunya dipandang negatif, namun mujurlah kuasa politik masih ada bagi menjamin agama, bangsa dan negara. Allahuakhbar.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers