Thursday 25 August 2011

Syahdu Ramadan


Ramadan sudah hampir sampai ke penghujungnya dan beberapa hari saja lagi Aidilfitri akan diraikan. Dalam waktu-waktu ini ingatan pada arwah mak semakin terasa, rindunya pada mak, seakan terbayang renungan wajahnya selain suara lembutnya terngiang di telinga.

Benar, sesekali terbit rasa kecemburuan pada rakan-rakan yang masih mempunyai ibu. Bertuahnya mereka kerana dapat merasai kasih ibu dan menjadikan rujukan kala gelisah apatah lagi dalam usia dewasa.

Dalam masa yang sama aku teringat juga pada arwah mak mertua, dalam sekejap kasihnya terasa. Biarpun aku hanya dapat mengenali ibu mertua dalam jangka hampir tiga tahun sebelum dia pergi mengadap ilahi namun sikapnya yang sangat mengambil berat amat sebati dalam diri.


Barangkali secara kebetulan tetapi benar bahawa wajah arwah mak dan arwah mak mertua seakan seiras, cuma bezanya mak lebih pendiam berbanding dengan mak mertua yang gemar bercerita, apatah lagi jika berceloteh berkenaan suami ketika kecil.

Syahdunya... Dalam ramadan ini, aku telah kali keempat berhari raya tanpa mak sedang mak mertua telah lebih awal dua tahun pergi.

Kini yang tinggal adalah bapak dengan pak mertua yang kedua-duanya semkin uzur dimamah usia. Barangkali juga, aku dan suami banyak berdepan dengan suasana yng sama, brkongsi keperitn dan kesusahan yang sama dalam kluarga besar. Niat kami juga inginkan yang terbaik bukan hanya untuk anak-anak sendiri tetapi juga untuk seluruh keluarga.

Pada-Mu ilahi aku panjatkan doa, berilah kesihatan dan kesejahteraan kepada kami sekeluarga dengan rezeki yang murah serta kehidupan yang barakah, kurniakan juga kesejahteraan pada bapaku dan bapa mertuaku agar mereka dapat beribadat pada-Mu serta tempatkanlah arwah ibuku Karimah Mashur dan ibu mertuaku Aishah Mat Isa di taman-taman syurga bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

1 comment:

nuhaz said...

zila pun xsempat mrasa kasih ibu mertua..al-fatihah utk ibu2 yang telah meninggalkan kita..smoga ditempatkan bersama org2 yang beriman..aminnn

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers