Wednesday 3 August 2011

Sambil Menyelam Minum Air




Laman ini sudah hampir bersawang ekoran kegagalan aku untuk menggunakan waktu senggang sebaiknya. Bohonglah jika aku tiada langsung masa terluang sebaliknya aku lalai mengusir sifat malas. Itulah aku yang acapkali lemah aku lawan apabila dibelenggu emosi sedangkan aku ada banyak pilihan untuk dibuat.

Apapun aku masih bertuah kerana dapat menggunakan ruang waktu yang ada untuk memenuhi hajat dan permintaan anak-anak bagi menaiki bas pulang ke Utara. Memang aku dan suami berhajat untuk menjenguk bapa yang semakin uzur sebelum kedatangan Ramadan dan dengan ruang yang terhad kami mengisi masa sambil memenuhi hajat anak-anak.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun lelahnya berbeza apabila menghabiskan masa selama hampir enam jam di dalam bas berbanding di dalam kereta tetapi berbaloi kerana anak-anak amat gembira. Sambil menyelam minum air… sambil mengisi ruang santai memenuhi impian anak-anak dapat pulang ke desa mertua dan bertemu adik-beradik.

Inilah pertama kali bagi Amir dan Afreena menaiki bas sedang Amira pernah dua kali merasainya ketika usianya setahun dulu.

Jika diimbas kembali… zaman kanak-kanakku bas adalah pengangkutan biasa yang digunakan sepenuhnya sedangkan anak-anakku berada di zaman yang berbeza.

Alhamdulillah aku mampu berhijrah dari zaman silam yang perit tanpa anak-anakku merasai apa yang pernah aku alami….

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers