Friday 26 August 2011

Rutin Petang Ramadan

Saban petang aku akan membawa anak-anak ke taman permainan sementara menunggu waktu berbuka puasa. Alhamdulillah kerana tahun ini waktu pejabat tamat pukul 4.00 petang jadi aku berkesempatan untuk pulang dan memasak, hidang makanan atas meja dan 6.30 barulah bergegas ambil anak-anak di taska.

Sememangnya lebih baik aku sempurnakan semua kerja-kerja rumah dengan hidangan tersedia barulah kemudiannya ambil anak-anak dan luangkan sepenuh masa bersama mereka di taman permainan. Tergambar keceriaan di wajah mereka, dapat berlari-lari dan berkejaran selain sesekali Amira akan bertemu dengan rakan-rakan sekolahnya.

Masa setengah jam di taman ini memang cukup berbaloi berbanding jika terus balik ke rumah yang tentunya akan membuatkan suasana tegang ekoran Amer yang tak sabar untuk menjamah makanan sedangkan Amira berpuasa, kasihan pula kalau tak makan bersama… lagi pun berjemaah kan lebih baik.


Keletah Nina juga sangat menghiburkan dengan aksi manjanya, enggan berenggang dari sisi dan sentiasa inginkan belaian. Anak bongsu mama kesayangan abah….













2 comments:

nuhaz said...

AMBOI2 bahagianye afrina main buai..muncung2 mulut nyanyi lagu buai laju2 ke?

abg n kakak pun sgt hepi...miss u all!! muahss2!!

airikamalek said...

buai laju-laju...adik nyanyi la...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers