Friday 5 August 2011

Berkat Ramadan...


Barakallah Ya Ramadan…. Allahu Akhbar. Bersyukur dengan pertemuan pencarian seorang sahabat yang suatu dulu amat akrab, ketawa dan menangis bersama tetapi kemudiannya hubungan kami terputus…. Sememangnya terbukti bahawa media maya hari ini amat membantu dan pencarian saban tahun beroleh hasil apabila aku tersua dengan Linda dalam laman fb.

Bersama Linda, walaupun sesungguhnya jangka perkenalan kami cuma beberapa tahun tetapi kerelaan dalam perkongsian kedukaan dengan menjadikannya sebagai penawar dalam kehidupan amat dalam maknanya, tetapi atas haluan hidup kemudiannya, hubungan akrab terus terputus.


Tahun 1999 adalah kali terakhir aku bersua dengannya dan pada Ramadan yang keempat, suaranya gemersik ditelinga dan kami dapat berbicara bersama lagi… Alhamdulillah. Rupanya selama ini pun Linda cuba menjejaki diriku tetapi gagal…

Kesyukuran terus dipanjatkan kerana mendung lalu telah tiada sebaliknya digantikan dengan keceriaan bersama keluarga dan empat cahayamata indah.

Sesungguhnya, bersama Linda banyak kepahitan diluah bersama dan kami mengharung saat-saat sukar dalam hubungan yang penuh keikhlasan. Kuasa Allah jua yang menentukan pertemuan ini apatah lagi rupa-rupanya dia tinggal hanya di taman bersebelahan dengan taman perumahanku. Allahu Akhbar… lebih dari itu, Linda mengajar di sekolah yang bakal diduduki oleh Amira tahun hadapan… Insya-allah.

Sememangnya, sahabat bukanlah insan yang sentiasa ada di depan mata atau bersama secara zahirnya tetapi apa yang penting adalah keikhlasan dalam menjali ikatan silaturrahim dengan sentiasa saling mendoakan kesejahteraan biarpun tanpa tahu khabar berita.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers