Wednesday 11 May 2011

Melayu Terbilang

Atas tugasan rasmi, aku laksanakan tanggungjawab mewawancara tokoh Ahli falsafah Islam dan cendikiawan ulung Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas.

Awalnya tugasan ini dilihat amat rumit berikutan persepsi yang diungkapkan oleh pihak lain.
Kononnya beliau seorang yang sangat protokol sebagaimana darah aristokrat yang mengalir dalam dirinya. Namun demikian atas nama amanah maka kekuatan dikumpulkan bersandarkan kepada keyakinan dan pengalaman yang telah ada selama ini.

Persediaan dilakukan hanya sekadarnya sahaja ekoran tuntutan kerja lain yang menghambat. Dalam debar masih terus saja bersandar pada semangat 'belasah saja... masa sukar akan berlalu..' Bertiga bersama abang Chie dan abang Chot untuk sesi ini.

Pertemuan diatur dan perjalanan dibuat seperti direncana. Ternyata semuanya meleset. Dalam usia 80 tahun ternyata bahawa Syed Naquib masih gagah dan mampu mengingati setiap peristiwa yang menjadi sejarah dalam negara. Tuturnya amat teratur dengan suara garau setanding ilmu dan kepakaran yang ada padanya. Sesekali ada juga diselit gelak dan tawa yang melambangkan keramahannya bersama tetamu.

Pertemuan yang dirancang hanya 30 minit terlajak jua hingga hampir satu jam ekoran bicaranya yang penuh pesan, setiap kata penuh makna dengan apa yang tersirat diungkap sedalamnya. Ilmu dan adab menjadi kata kunci dalam nasihat atas ungkapan setiap kata. Wawancara ini telah ditemani anaknya, seorang ahli akademik, Datuk Dr. Syed Ali Al-Attas

Selayaknyalah maka beliau dinobatkan sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2011.






1 comment:

ummiLIN said...

Tahniah kak... kadang2 persepsi orang memang tak boleh pakai pun! tp bagusnya ia akan meletakkan diri kita di garisan berhati2.. hu3

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers