Wednesday 22 December 2010

Masa


Masa berlalu dengan pantas, sedar tak sedar sudah sampai ke hujung tahun 2010, sementara bulan Hijrah sudah pun bertukar dua minggu lalu.
Alhamdulillah, perjalanan hidup berlangsung dengan mudah dan tenang biarpun sesekali ada ria-riak kecil di permukaan... cabaran dalam kehidupan.
Result exam untuk semestar pertama telah aku peroleh. Sungguh, debarannya ketika aku melangkah untuk mendapatkan keputusan melampaui zaman persekolahan ketika aku mahu ambil keputusan SRP, SPM waima STPM sekalipun.
Apa yang aku dapat... syukur aku lulus semua subjek yang aku ambil biarpun tidak secemerlang beberapa rakan sekelasku. Alhamdulillah, jika difikir-fikir inilah yang selayaknya aku dapat. Namun sebagai insan biasa, aku masih tidak tertahan rasa terkilan, andainya aku beroleh keputusan yang lebih baik....
Nilai semula dengan menyingkap masa-masa tandus ketika aku mahu menduduki peperiksaan... aduhaiii...sungguh aku bersyukur dengan apa yang aku peroleh. Ketika itu aku terlalu sibuk, dengan kerja-kerja di pejabat, kerenah anak-anak dan keluarga yang menuntut ruang dan aku terpaksa bergelumang dengan buku-buku dalam ruang yang terhad. Sungguh, aku tidak percaya yang aku mampu melakukannya.
Itulah juga kata suamiku, gembira dan teruja dengan apa yang aku lakukan. Katanya jangan membandingkan diriku dengan rakan sekelas yang lain kerana hanya aku satu-satunya yang masih berkerjaya dan berkeluarga. Sememangnya sokongan dan dorongan dengan penuh keterbukaannya memudahkan lagi langkah kakiku untuk menggapai impian....

1 comment:

ummiLIN said...

TAHNIAH KAK.... :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers