Sunday, 31 October 2010

Sibukkkkkkkk

Hari-hari berlalu… kesibukan tak perlu dicerita….
Tidak kiralah apa pun yang berlaku, aku akan teruskan juga apa yang telah dibuat….
Benar, sebagai wanita berkerjaya, terlalu amat payah untuk mencari ruang apatah lagi aku berdiri di kalangan lelaki-lelaki yang sering melihat wanita atas persoalan jantina kedua.
Dalam masa yang sama, aku terpaksa bergelumang dengan kuliah dan kertas kerja . Persoalannya untuk apa… Yang pasti aku lakukan demi sebuah kepuasan untuk kepentingan peribadi, harga diri dan nilai yang suatu dulu pernah terpahat dalam benakku…. Insya-Allah akan aku teruskan.
Untuk anak-anakku, Amira, Ameer & Afrina… pembakar semangat, penguat jiwa… Setiap helaan nafas ini, setiap denyut nadi, setiap kerdipan mata… apa saja yang dilakukan pastinya kalian tiada pernah terlupa….
Apa pun semuanya adalah atas restu suami… Alhamdulillahhh..

Thursday, 28 October 2010

PRK Lagi... Batu Sapi


Dua minggu di Batu Sapi; demi tugasan untuk dilaksanakan dengan kekangan tenaga dan batasan masa yang ada. Peluang digunakan untuk menambahkan pengalaman dengan melihat tempat orang….