Monday 6 September 2010

Tun Dr. Mahathir Mohamad


Satu kesempatan yang tidak pernah tergambar, dalam tugasan aku berpeluang menyertai kumpulan rakan sekerja menemuramah negarawan ulung Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lebih istimewa pertemuan ini berlangsung di pejabatnya, tingkat 86, Menara Kuala Lumpur sesuai dengan jawatannya selaku penasihat Petronas. Dalam debar hati berbunga, rasa kagum yang selama ini bersemi di hati semakin mekar berdepan dengannya.


Pejabatnya amat teratur dengan latar perabot berwarna hijau, barangkali selaras dengan tema Petronas. Sementara di belakang tempat duduknya tersergam kukuh menara KLCC yang kedua. Di atas mejanya pula penuh dengan pelbagai dokumen, juga ada naskah al-quran. Dinding-dindingnya dihiasi pelbagai lukisan. Dalam usia melebihi 80 tahun Tun dapat melihat impiannya menjadi nyata biarpun beliau berkali-kali menyatakan gagal kerana tidak boleh mengubah cara pemikiran bangsa Melayu…. Benarkah gagal Tun?

Berdepan dengannya membuatkan aku terpaku, menatap wajahnya, mengira garisan-garisan halus yang melingkar dan rakusnya mataku menjamah kedut-kedut yang tidak terkira. Jernih, rapi, kemas… dan masih amat kacak... hahaha… aku terlalu amat beruntung dapat mendengar sendiri keluh kesahnya tentang untung nasib bangsa Melayu. Inilah tokoh yang sedari kecil aku dengar namanya, lantas aku sisip tiap dasarnya dan kemudian aku sebati membesar dalam lenggok lonjakan pembangunan ini. Inilah tokoh Melayu Terlinag yang sebenar.... Semoga terus Tun Dr. Mahathir dikurnikan kesihatan dan kesejahteraan.




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers