Thursday, 30 September 2010

Karya Agung - Seorang Tua Di Kaki Gunung

1.0 PENGENALAN - Seorang Tua Di Kaki Gunung
Karya sastera yang hebat mampu menjadi cermin kepada identiti dan kebudayaan sesebuah masyarakat malah ada yang mampu mengangkat bangsanya menjadi bangsa terkenal di peringkat antarabangsa. Karya yang hebat boleh dianggap hebat apabila diperbincangkan dan menjadi polemik dalam pelbagai bidang sama ada mencakupi dunia sastera itu sentiri atau merentas tema yang dipersembahkan sehingga boleh menghasilkan satu idea baru.

Thursday, 9 September 2010

Ramadan Berlalu, Syawal Menjelma

Hari ini Raamadan yang terakhir untuk tahun ini dan esok Syawal akan menjelma.... Pantasnya masa berlalu dengan kesyahduan dan kerinduan yang sentiasa bersama.... Saat-saat begini kerinduan pada bonda teramat sangat, tahun kedua berhari raya tanpanya sementara itu inilah tahun pertama tanpa abang Solo yang juga mengikut pemergian emak

Aku ketepikan perasaan, realiti peru dihadapi dan hakikat yang terbentang sekarang aku terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan. Usah disebut amanah berkaitan kerjaya dalam penulisan berita; perlu ada stok lima berita untuk paparan sepanjang cuti perayaan ini... ini ditambah lagi dengan tugasan pelajaran.... semuanya menuntut perhatian yang lebih dan sangat teliti. Aku mahu laksanakan yang terbaik agar berbaloi dengan jumlah masa yang aku korbankan.

Bersama keluarga juga adalah keutamaan. Justeru hari raya ini membawa sejuta makna... anak-anak yang semakin membesar dengan keletah yang pelbagai. Alhamdulillah....

Monday, 6 September 2010

Tun Dr. Mahathir Mohamad


Satu kesempatan yang tidak pernah tergambar, dalam tugasan aku berpeluang menyertai kumpulan rakan sekerja menemuramah negarawan ulung Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lebih istimewa pertemuan ini berlangsung di pejabatnya, tingkat 86, Menara Kuala Lumpur sesuai dengan jawatannya selaku penasihat Petronas. Dalam debar hati berbunga, rasa kagum yang selama ini bersemi di hati semakin mekar berdepan dengannya.