Friday 9 July 2010

Kerana Aku Wanita Melayu...


Tiba-tiba aku jadi emosi....
Entah kenapalah jiwa tersentuh.
Jawabnya, kerana aku wanita Melayu, masih tebal dengan rasa segan dan malu. Tanyalah sesiapa sahaja jika berada di tempatku.... Akulah wanita berkerjaya yang berada dilingkungan 20 orang lelaki. Dalam ruang lingkup sedemikian sememangnya tidak mustahil jika hati tersentuh walaupun selalunya aku bersikap alah, bersahaja membendung rasa gundah dan cuba menerima seadanya. Aku pasrah....


Sejak dari awal apabila rombakan kakitangan dilakukan, aku terkesima dek kesal kerana yang ada kuasa gagal menyelami isu gender sebagai salah satu keselesaan dalam kerjaya. Namun rasa itu segera kuusir kerana enggan ia mengganggu kredibiliti dan tugas hakiki. Apatah lagi, sejak awal aku bertugas di sini telah kusemat di hati bahawa aku bukan bergantung kepada mana-mana individu. Ini bukan bermaksud aku menolak kerjasama dan persefahaman.

Aku ketepikan usikan perasaan yang mencuit. Aku tinggalkan rasa nyeri di hati dan aku gantikan dengan istighfar. Aku insaf bahawa semuanya bersifat sementara sebagaimana aku hidup.... Aku letakkan hamparan dihadapan untuk aku lalui dengan semangat waja bahawa aku akan laksanakan amanah ini sebaik mungkin demi agama, bangsa dan negara... Allahu Akbar!

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers