Monday 19 July 2010

Antara Cerewet & Sempurna


Melaksanakan amanah...
Memang aku mahukan kesempurnaan tanpa ada kecacatan
tapi siapa yang dapat membinanya selain daripada mengurangkan kesalahan seminimum mungkin.
Untuk jadi cerewet, tidak... sememangnya sikap itu tidak disukai tetapi dalam mengurangkan kesalahan tentunya mustahil menghindari rasa cerewet...

Bebanan tugas di pejabat dapat aku lakukan, cuma aku masih tidak dapat menyesuaikan dengan situasi diriku sebagai pelajar.... Bagaimana?

Tugasan untuk dua subjek kualih sudah aku peroleh...aduhai...
bagaimana aku mahu melakukannya... Aku letih dengan pelbagai rutin seharian hinggakan kadangkala terbit di minda; adakah aku yang sengaja mencari masalah....

Namun rasa tersebut segera aku usir pergi kerana enggan kekecewaan melanda lantas apa yang aku lakukan terbantut. Tidak, aku mesti kuat....

Kata-kata yang suatu ketika sentiasa tersemat:

Belajarlah
untuk agama dan bangsa,
untuk keluarga dan tersayang,
untuk masa hadapan....

2 comments:

cherita nan lalu said...

macam aku kenal ajer note reading 2 tu...hahahaha

airikamalek said...

tau x per...pergh!!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers