Monday 19 July 2010

Antara Cerewet & Sempurna


Melaksanakan amanah...
Memang aku mahukan kesempurnaan tanpa ada kecacatan
tapi siapa yang dapat membinanya selain daripada mengurangkan kesalahan seminimum mungkin.
Untuk jadi cerewet, tidak... sememangnya sikap itu tidak disukai tetapi dalam mengurangkan kesalahan tentunya mustahil menghindari rasa cerewet...

Bebanan tugas di pejabat dapat aku lakukan, cuma aku masih tidak dapat menyesuaikan dengan situasi diriku sebagai pelajar.... Bagaimana?

Thursday 15 July 2010

Imbasan

Entah bila, tersemat di lipatan bahawa suatu ketika aku pernah menulis:
Bukan mudah
melaksana tanggungjawab yang terpikul
lantas bukan hanya kerana kasih sahaja
bukan juga kerana sayang terucap
jauh sekali atas rasa keprihatinan
tapi inilah nilai suatu amanah
sifat tersirat yang tidak mampu diucap
apatah untuk digambar dalam realiti
kerana naluri yang asli
lahir tanpa rasa simpati....

Friday 9 July 2010

Kerana Aku Wanita Melayu...


Tiba-tiba aku jadi emosi....
Entah kenapalah jiwa tersentuh.
Jawabnya, kerana aku wanita Melayu, masih tebal dengan rasa segan dan malu. Tanyalah sesiapa sahaja jika berada di tempatku.... Akulah wanita berkerjaya yang berada dilingkungan 20 orang lelaki. Dalam ruang lingkup sedemikian sememangnya tidak mustahil jika hati tersentuh walaupun selalunya aku bersikap alah, bersahaja membendung rasa gundah dan cuba menerima seadanya. Aku pasrah....

Thursday 8 July 2010

Anugerah Hari Lahir...

Alhamdulillah...aku dapat terus menghirup udara dan merasa nikmat rahmat dari-Nya dalam usiaku genap 33 tahun pada 2 Julai. Sesungguhnya, aku bersyukur atas apa yang aku terima, rezeki dan anugerah dari-Nya tidak ternilai.

Aku selami titian hidup dalam kematangan usia ini, satu persatu tercatit di memori terus kuselak.... Usia kanak-kanak aku termanja dengan belai kasih mak dan pak selain dikelilingi abang-abang yang selalu membelaku. Dalam kesederhanaan hidup aku tercanai molek, sempurna didikan agama dan akademik biarpun kenakalanku seringkali terserlah.

Di usia remaja aku terlena, seringkali kedegilan menguasai... kata orang dalam usia ini kita berperang mencari identiti, sering memberontak dan bertentangan pendapat tetapi dek kesabaran mak yang amat memahami dan pak yang selalu merestui... aku alah jua.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers