Tuesday 29 June 2010

Ayahandaku


Sebak terasa memikirkan usia lanjut pak dengan kesihatan yang tenggelam timbul, sekejap ada dan sekejap hilang malah ada kalanyakedangkalan menguasai fikiran ku ekoran kesihatan pak. Memang, kesian pak...mungkin pak perlukan perhatian dari semua anak-anaknya namun bagaimana mungkin anak-anak pak faham naluri tua pak?

Sedaya mungkin aku ingin menguasai tanpa perlu emosi. Aku nak jaga pak selagi hayat pak ada. Memang pak dah tua... entah berapa agaknya usia pak sebenar kerana yang tercatat dalam kad pengenalan jauh lebih muda dari yang sebenar. Dianggarkan usia pak dalam 80++, entahlah.


Pak tetap begitu... Aku mohon pada Ilahi agar diberi kesempatan dengan sejuta kesabaran untuk bersama pak yang semakin uzur dimamah usia. Pak bukan semakin muda, dan perhatian pastinya semakin dituntut... mungkin itu yang cuba pak luahkan pada anak-anak pak yang seramai lapan orang, namun mampukah kelapan-lapan anak yang ada ini membahagiakan hati tua insani ini... aduhaiii....

Ayah Dan Ibu oleh Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

2 comments:

nuhaz said...

syahdu la k.ika...

ummiLIN said...

sedih lagu ni... mmg menginsafkan... smoga kita tergolong dlm golongan anak2 yang taat kepada ibu bapa...

setelah menjadi ibu, barulah kutahu susah senangnya menjadi ibu bapa. Ya Allah berilah kesabaran dalam melayari hidup sebagai ibu dan bapa...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers