Tuesday 11 May 2010

Kerja...kerja...kerja...


Tak habis cuti pantang 60 hari aku diminta kembali bertugas awal seminggu dari tarikh yang ditetapkan.... Arghhhh...kelam kabut jadinya, apa nak dibuat... rasa kecut perut dan terus jadi tertekan dengan amanah di rumah yang belum mampu diuruskan.... Sudahlah baby Afrina baru saja keluar wad 3 April, dan kemudian 11 April kena mula bertugas (kebetulan bday suami tersayang). Patutnya mula bekerja 19 April... Dengan berat hati terpaksa aku terima, itu pun setelah suami tersayang menenangkan diri, memahami tanggungjawab tergalas biarpun pada mulanya dia juga mengeluh panjang.... Sekali lagi, kak Mah datang dari Ayer Itam Kedah untuk menjadi pengasuh anak-anakku, sudahlah semasa baby Arfina berada di wad, kak Mah juga yang menjaga kak long dan Ameer. Cuma bezanya kali ini kak Mah datang dengan pak... bapa mertua yang cukup memahami; mungkin suamiku mewarisi sifat tersebut dari pak.

Pening sekali lagi, masalah untuk mendapatkan pembantu rumah bagi menjadi pengasuh di rumah masih belum selesai. Sejak dari November lalu ia berlarutan hingga hari ini. Bayaran pendahuluan RM1500 terbang begitu sahaja. Niat untuk mengambil bapa tinggal bersama juga asyik tertangguh kerana tiada sesiapa di rumah... Payahnya tidak mampu diluah apabila ada sahaja yang menghalang lantas anak-anak sekali lagi aku hantar ke taman asuhan termasuklah baby Afrina juga. Bergenang airmata tetapi semoga anak-anak faham atas apa yang berlaku. Aku redha biarpun sememangnya amat payah....

Tidak habis di situ... sekali lagi aku terpaksa meninggalkan suami dan anak-anak untuk bertugas ke Malaysia Timur, PRK Sibu menunggu.... Aduhai, mana mampu untuk aku lakukan. Tetapi aku hanya mampu menolak tugas tersebut sekiranya aku sudah benar-benar tidak mahu bekerja lagi. Airmata bukan hanya bergenang malah deras mengalir mengingatkan anak-anak terutamanya baby Afrina yang masih sepenuhnya menyusu badan. Sungguh, aku tak mungkin berdaya berdepan dengan apa yang aku lalui sekarang ini jika suami tidak memberi kekuatan. Pujuknya menguatkan semangat malah janjinya untuk tidak mengabaikan anak-anak amat aku hargai. Bukan mudah untuk aku tinggalkan dengan keadaan kak long selsema dan Ameer pula demam. Mujur baby Afrina tidak banyak kerenah, mudah benar menjaganya; mungkin memahami situasi yang menjerat diriku sekarang. Lantas sekali lagi kak Mah datang untuk menjaga anak-anakku...

***pesan suami yang sentiasa di hati, biarlah apa yang kita lakukan berbaloi dengan apa yang kita korbankan. Kerana itu, aku cuba laksanakan tugas dengan sempurna yang boleh....


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers