Tuesday 20 October 2009

Masa Terbaikku...


Bagi seorang wanita yang berkerjaya, tentunya tanggungjawab terhadap tugas adalah perkara utama...mahu disempurnakan sebaik mungkin tanpa ada sebarang cacat cela, walau adakalanya menuntut penelitian dan kosentrasi yang tinggi... tetap aku ingin tunaikan.

Bagi seorang isteri yang berkerjaya, tentunya perlu bijak menangani permasalahan antara rumahtangga dan juga kerja-kerja di pejabat namun kesyukuran dipanjatkan atas kerjasama dan persefahaman dalam hubungan keluarga bersama pasangan...

Bagi seorang ibu yang berkerjaya, tentunya rasa bersalah terhadap tuntutan masa anak-anak seringkali menemani apatah lagi ketika saat mereka membesar dan memerlukan sepenuh perhatian...

Bagi seorang anak yang berkerjaya, tentunya ingin meluagkan masa bersama ayahanda yang semakin uzur lantaran sedar bahawa usia memakan diri dan masa tiada pernah berhenti...

Lantas, kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya memenuhi masa santai bersama keluarga dan anak-anak biarpun diri lelah bersama waktu lantaran tuntutan kerjaya yang tiada penghujungnya....



 
 



1 comment:

cherita nan lalu said...

memang ler ka...kenangan berlalu macam tu jer..tapi ada satu falsampah cakap..kenangan akan berulang pada masa depan, cuma kos tu lebih tinggi daripada dulu...kakakaka

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers