Thursday 20 August 2009

Berjauhan….

Sesungguhnya ini bukanlah pertama kali aku berjauhan dengan keluarga, tetapi yang pasti inilah kali pertama aku berpisah dengan mereka hampir dua minggu... suatu jangka masa yang bukan sekejap bagiku.... Biarpun suami dan anak-anak bukan di hadapan mata tetapi setiap hembusan nafas ini maka merekalah yang tergambar di wajah. Alhamdulillah, teknologi moden mendekatkan kami walaupun dalam waktu yang terhad tetapi suara dan perkhabaran mereka masih mampu mengubat sekelumit dari selautan rindu yang ada.

Sememangnya, tuntutan tugas yang tergalas di bahu memaksa aku berjauhan di Utara, walaupun terlalu berat rasa hati tetapi demi amanah aku laksanakan juga dengan redha. Syukur, suami amat memahami dan mengambil tugasku sebagai ibu dan bapa pada anak-anak di samping sentiasa memberi sokongan atas apa yang aku lakukan.

Pada Amira dan Ameer, semoga kelak kalian memahami naluri hati dan perasaan mama yang terpaksa meninggalkan kalian bukan sehari dua... dan semoga kalian juga tidak menyalahkan mama atas perpisahan seketika hinggakan terpaksa merubah rutin harian kalian mengikut masa dan keadaan mama dan abah, namun ketahuilah bahawa sesungguhnya nilai kasih dan sayang seorang ibu tiada pernah sekelumit maupun sebesar zarah sanggup berjauhan dengan anak-anaknya....

4 comments:

nuhaz said...

erm rindu gak kt my hubby yg kt utara skang ni :( huhu syahdu menjelang ramadhan...

ummiLIN said...

Aku jua merindui kekandaku yang jaun nun di sana... Hukhukhuk... Uwwwaaa.......

airikamalek said...

Kerinduan adalah kehidupan yang membuktikan wujudnya kasih sayang dan kuatnya rasa cinta tersulam.... Semoga rindu itu tetap menjadi milik kita...

Norashidah Mohd Noor said...

Kerinduan...kadang-kadang menyeronokkan lebih-labih lagi pada akak yang hampir 17 tahun mendirikan rumahtangga..terasa macam mula bercinta pulak ngan hubby i bila rindu menjelma...
Anak-anak pula sentiasa dalam hati...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers