Wednesday 24 June 2009

Hari Bapa


Hujung minggu lalu diisytiharkan sebagai Hari Bapa, namun begitu, sejak seumur hidupku tidak pernah sekali pun aku meraikan sambutan Hari Bapa. Bukan tidak mahu, tetapi sememangnya seakan sudah menjadi kebiasaan apatah lagi, budaya kekampungan yang diterapkan dalam jiwa kami sekeluarga tidak pernah meraikan apa-apa hari baik Hari Bapa, Hari Ibu atau hari lahir sekalipun.

Walaupun begitu, tidak bermakna aku tak menghargai bapa yang selama ini terlalu banyak berkorban untukku....

Friday 5 June 2009

UMNO – Pada Kemelut Antara Manipulasi Dan Persepsi

Kelmarin, ketika pertemuan dengan seorang teman lama, dalam ayat mesra bertanya khabar dan kerjaya sekarang, dia seakan kaget apabila aku katakan aku bernaung di bawah payung UMNO – terlibat dengan penulisan yang aku rasakan sedikit menyimpang daripada apa yang aku lakukan dalam penulisan kreatif lalu.

Namun demikian, serta-merta pula lontarnya padaku, “wah, dah kaya la sekarang?”
Aku terdiam lantas hanya tertawa sedang dalam minda aku keliru, sama ada kata-katanya sekadar gurauan atau itu adalah persepsi khalayak terhadap UMNO dan kakitangannya?

Lantas, ketika mengisi masa terluang aku terpanggil kembali untuk memikirkannya malahan sebenarnya ia bukanlah kali pertama yang sampai ke pendengaranku. Kotak ingatan kembali aku buka dengan imbasan terhadap masa-masa lampau....

Thursday 4 June 2009

Hargai Setiap Detik Bersama Dan Kesihatan

Sejak seminggu yang lalu banyak perkara yang berlaku di sekeliling, namun yang pasti, semuanya berlaku tanpa dirancang dan berita-berita yang sampai ke perkhabaran hampir kesemuanya mendukacitakan dan menyedihkan.

Sebagai panduan dan tauladan untuk diri dan keluarga sendiri, juga untuk kawan-kawan semua, hargailah setiap detik bersama keluarga di kala kesihatan dan kesejahteraan dinikmati, malah ketahuilah bahawa sekiranya kita menghadapi kesusahan, kesakitan dan kekecewaan... ada insan lain yang lebih perit kehidupannya berbanding kita.

KES 1

Shah (bukan nama sebenar), dikenali tanpa sengaja atas urusan rasmi keluarga. Namun begitu, sebelum ini hubungan hanya melalui talian telefon sahaja. Lantaran tuntutan yang memerlukan kami berbincang secara bersemuka, pertemuan dirancang. Malangnya, bukan hanya sekali dua terbatal sebaliknya selama hampir dua minggu asyik tidak menjadi.

Tuesday 2 June 2009

Semalam, Hari Ini & Esok

Suatu ketika, antara kenangan dan lipatan perjalanan tertulis:

HARI INI merupakan hari yang paling penting buat anda. HARI INI juga anda boleh membuat perancangan untuk hari ESOK setelah melalui pengalaman SEMALAM kerana titik-titik kesedaran inilah yang member ruang dan peluang untuk memperbaiki diri dengan lebih berkesan.

Sekiranya anda memanfaatkan HARI INI sebaik mungkin, maka pelbagai masalah dapat dikurangi ESOK.

Anda mungkin menghadapi tekanan serta berada di dalam kebingungan HARI INI, tetapi selagi diri anda HARI INI adalah lebih baik daripada SEMALAM, maka ESOK dan hari-hari yang mendatang akan menjanjikan sesuatu yang terbaik jua.

Justeru, SEMALAM, HARI INI dan ESOK mematangkan diri anda!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers