Tuesday 12 May 2009

PADAMU JUA

Sunyi itu duka
Sunyi itu kudus
Sunyi itu lupa
Sunyi itu lampus


Antara cinta dan kasih sayang, terkorban menjadi beban yang merantai seluruh hidup bersendirian. Manakan mungkin, kerana cinta yang suci hadir hanya sekali dan tiada pernah ada gantinya. Namun begitu, realiti sebuah cinta tidak pernah menjanjikan kebahagiaan dan kesejahteraan, kerana cinta tidak semestinya bersatu.

Mengimbau kenangan bersama Cikgu Datin Hajah Halimah di SMHK, Ampang memusatkan fikiran pada suatu kenangan lampau, menyorot kembali puisi Nyanyi Sunyi seorang perindu, Amir Hamzah terpaksa mengorbankan cintanya pada Sang Kekasih yang setia menanti lantaran terikat pada budi bapa saudara yang membesarkan dan memberi pendidikan.



Tanpa rela, berkahwin jua dengan sepupunya dan meninggalkan Sang Kekasih yang menaruh sepenuh harapan. Namun demikian, hatinya tidak pernah tenang kerana cintanya bukan pada saudara yang seperti adik sendiri. Apakan daya, masa tak boleh diundur kembali, lantas penyesalan tiada erti kerana ketika ingin memohon maaf, Sang Kekasih telah menghilangkan diri dan tidak dapat ditemui lagi..., lantas cintanya beralih pada yang satu, hanya pada-NYA, Pada-Mu Jua:

Habis kikis
segala cintaku hilang terbang
pulang kembali aku padamu
seperti dahulu

Kaulah kandil kemerlap
pelita jendela di malam gelap
melambai pulang perlahan
sabar, setia selalu.

Satu kekasihku
aku manusia
rindu rasa
rindu rupa.

Di mana engkau
rupa tiada
suara sayup
hanya kata merangkai hati

Engkau cemburu
engkau ganas
mangsa aku dalam cakarmu
bertukar tangkap dengan lepas

Nanar aku, gila sasar
sayang berulang padamu jua
engkau pelik menarik ingin
serupa dara di balik tirai

Kasihmu sunyi
menunggu seorang diri
lalu waktu - bukan giliranku
mati hari - bukan kawanku...

- Amir Hamzah -

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers