Sunday 15 March 2009

Tuntutan Wanita Berkerjaya


Meniti hari-hari dalam kesibukan tanggungjawab harian di pejabat sedang cahaya mata memerlukan perhatian yang bukan sedikit malahan serba-serbi inginkan penglibatan seorang ibu amat mencabar. Bukanlah menidakkan tanggungjawab seorang bapa tetapi mungkin ada benarnya bahawa sememangnya wanita lebih prihatin hinggakan kepada hal-hal yang terlalu kecil dalam urusan anak-anak dan rumahtangga.

Dengan dikelilingi rakan-rakan wanita yang juga turut telah berumahtangga, sememangnya tuntutan bagi wanita berkerjaya memerlukan bukan sedikit pengorbanan malah adakalanya keperluan diri terpaksa dikorbankan. Tidak usah bercakap soal tekanan, kerana seringkali diketepikan agar tuntutan amanah yang dipikul dapat dilunaskan sesempurna mungkin biarpun adakalanya terasa amat lelah.

Apapun, bagi wanita yang menjalankan dua tanggungjawab dalam satu masa sesungguhnya amat bertuah kerana telah berjaya mengharungi satu perjalanan mencabar. Dan buat kesekian kalinya, kita sebagai wanita akan tetap mengharungi pelbagai onak dan ranjau biar sepayah atau serumit mana sekalipun kerana kuasa wanita mampu menumbangkan sebuah kerajaan, malah kata Soekarno tangan wanita yang menghayun buaian mampu menghancurkan dunia...

Selamat Menyambut Hari Wanita...

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers