Thursday 22 January 2009

Impian Tersirat II

Alhamdulillah, syukur atas kurnia dan rezeki yang dilimpahkan. Impian yang telah lebih sepuluh tahun bersemadi di minda akhirnya termakbul juga. Sesuatu yang memang menuntut kesabaran atas segala onak dan rintangan yang telah dilalui. Sepanjang waktu itu, memang pelbagai cabaran dilalui... bukan sekadar kerahan tenaga dan titis keringat malah air mata juga tertumpah lantaran memendam rasa atas impian tersebut.

Kepayahan yang dilalui sebelum ini sememangnya menjadi pengajaran paling berharga dalam hidup, menyingkap getir waktu tersebut - melemaskan - dengan penilaian dan pandangan pelbagai pihak melalui sudut berbeza. Apa yang pasti negatif melebihi dari kewajaran hinggakan sesekali keyakinan diri turut robek kerananya. Aduh, pedih!!!


Sungguh, bahagia atas kepuasan hasil kelangsungan impian yang termakbul di awal 2009 ini. Atas kesyukuran dengan apa yang tercapai, impian lain akan mengiringi kejayaannya - insyaAllah.

Pada sebuah keluarga dan pada nilai peribadi, semoga impian yang tersirat ini akan mematangkan diri dalam membuat keputusan untuk kelangsungan usia di masa hadapan.

1 comment:

cherita nan lalu said...

kau jangan lupa angkat sumpah depan aku untuk lengkapkan status tu...kan aku ni keturunan diraja..muahahaha...anyway, congratz!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers