Tuesday 9 December 2008

Penantian...

Pagi ini sekali lagi aku hubungi, bertanya tentang statusnya sedangkan dalam hati telah aku tahu jawapannya... seperti biasa 'masih dalam proses', dan memang jawapan sama yang aku peroleh sejak lebih dari sepuluh tahun lalu....

Terkilan... memang... hampa... ya, tapi aku tak akan putus asa. Aku tahu untuk mendapat sesuatu yang dihajati bukan semudah berkata sahaja. Aku akur dengan segala prosedurnya tetapi lumrah insani, sesekali hati kecil mengeluh juga. Persolan yang bermain di minda, mengapa terlalu lama masa yang diambil sedang usia tidak pernah menanti barang sedetik pun..., pilunya rasa hati.


Aku tahu, selagi aku tidak memperolehnya, pelbagai perkara yang akan mengongkong kelancaran pergerakanku, malah membantutkan juga segala perancanganku hinggakan sesekali aku seakan menyesali apa yang tersurat tetapi dengan pantas juga aku usirkan penyesalan itu. Aku bangkit lantas anggap suratan tersebut sebagai antara onak dan duri yang perlu aku tempuh untuk kecemerlangan akan datang. Malah azimat inilah yang menjadikan siapa aku hari ini, apa yang aku miliki dan di mana diriku....
Sebuah penantian tanpa hujung mencari kepastian jika ada kesempatan, selagi nafas ku hela dengan jasad mampu berdiri teguh.... Aku akan tetap menanti...

2 comments:

cherita nan lalu said...

wei ika, ko tulis buku ek...

azah jaafar said...

amender yang ko tunggu sebenarnya?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers